-->

‘Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tapi kami juga manusia’ – Luahan pegawai perubatan di hospital kerajaan di Kedah tular, undang persoalan

Satu hantaran gambar tular di media sosial mengenai keluhan tenaga perubatan di sebuah hospital kerajaan di negeri Kedah.

Menerusi hantaran tersebut, luahan yang ditulis diatas sebuah papan putih, memohon maaf diatas kelewatan melayan pesakit.totor

Tulisan itu juga menyatakan faktor tersebut adalah kerana mereka kekurangan pegawai perubatan (doktor).

“Minta maaf, kami menghadapi kekurangan doktor. Masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam,” tulisnya.

Disebabkan faktor tersebut juga, doktor disana dikatakan pengsan dan sakit. Walaupun dalam kesakitan, mereka tetap merawat pesakit.

“Ada yang sudah letak jawatan, dan pergi ke swasta.

“Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tapi kami juga manusia biasa boleh penat dan sakit,” katanya.

Dalam pada itu juga, harapan mereka agar pesakit dan orang ramai faham dengan situasi yang berlaku kepada mereka.

Sumber: Syahid Said

The post ‘Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tapi kami juga manusia’ – Luahan pegawai perubatan di hospital kerajaan di Kedah tular, undang persoalan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar