-->

Polis buka siasatan geng masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands

Polis membuka satu kertas siasatan berkenaan dengan video tular yang merakamkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan siasatan mendapati klip video berkenaan telah dimuat naik pada 13 Mei lalu sebelum ditularkan.

“Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan,” katanya.

Susulan itu juga, operasi bersepadu akan dijalankan di sekitar kawasan itu dengan lebih kerap terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

“Polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kegusaran awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan, perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

The post Polis buka siasatan geng masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar