-->

‘Doakan kami semua disini’ – Pasukan perubatan Malaysia terperangkap di Hospital Kuwaiti, Rafah

Pasukan perubatan Malaysia dilaporkan telah terkandas di Rafah berikutan pintu sempadan telah ditutup oleh pihak tentera zionis.

Situasi tersebut dimaklumkan oleh seorang pakar bedah, iaitu Dr Haniff menerusi hantaran di Instagram Caprice.

“Kami kini berada di Hospital Kuwaiti, Rafah dan masuk ke Palestin sejak 1 Mei lalu. Dan kami bersama Mercy The Malaysian Medical Relief Society (MERCY) di bawah WHO(Pertubuhan Kesihatan Dunia).

“Hospital disini masih dikira sebagai zon selamat untuk kami berteduh dan merawat pesakit disini. Total kami kat sini seramai enam orang. Kami sedang menunggu arahan daripada WHO untuk tindakan seterusnya bila sempadan Rafah dibuka,” katanya.

Mohon doa orang ramai

Dalam pada itu juga, Dr Haniff memohon doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusan mereka di sana.

Sementara itu, Caprice telah memetik nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan untuk membantu pakar perubatan Malaysia menangani isu ini.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan pakar perubatan di sana dan turut berterima kasih dengan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin.

Sumber: Capricedaddycap

The post ‘Doakan kami semua disini’ – Pasukan perubatan Malaysia terperangkap di Hospital Kuwaiti, Rafah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar