-->

‘Kau ingat aku kuli batak kau ke?!’ – Customer terkejut dimaki penghantar makanan

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap penghantar makanan syarikat perkhidmatan e-hailing, yang didakwa bersikap kurang ajar.

Wanita tersebut menceritakan dia telah menghantar mesej pesanan kepada penghantar makanan berkenaan supaya menghantar makanan ke tingkat atas. Selang beberapa lama kemudian, penghantar makanan menyatakan dia tidak dapat naik ke atas kerana hujan. Dan dia terus membuat panggilan tanpa henti.

Tanpa bersoal panjang, penghantar makanan tersebut dikatakan telah memarahinya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Bukan hanya menerusi panggilan telefon, penghantar makanan itu berterusan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam mesej pula.

Dalam mesej berkenaan juga penghantar makanan yang juga merupakan seorang wanita membuat ugutan kepada mangsa untuk melaporkan kepada syarikat perkhidmatan e-hailing dan juga pihak polis.

Mangsa kemudiannya turun ke lobi dan pengawal keselamatan memaklumkan pelaku telah mencampakkan makanan yang dipesan ke atas meja pengawal. Air yang dicampak juga terbalik dan tumpah di dalam plastik.

Pengawal tersebut juga menyatakan dia sudah meminta pelaku untuk memarkir kereta di depan lobi dan hantarkan ke rumah wanita itu, tetapi pelaku menolak.

Susulan itu, wanita berkenaan telah melaporkan isu berkenaan kepada pihak syarikat perkhidmatan e-hailing dan pihak tersebut hanya gantikan minuman yang tertumpah.

Dalam pada itu juga, wanita ini mendedahkan penghantar makanan berkenaan sebelum ini telah tular di media sosial kerana sikap peribadinya.

Sumber: Shima Ajenan

The post ‘Kau ingat aku kuli batak kau ke?!’ – Customer terkejut dimaki penghantar makanan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar