-->

Tomok, DJ ERA, Nabil, Haniff & Ray Meriahkan Rumah Terbuka S P Setia

s p setia raya open house

Bila sebut pasal Raya, tak sah kalau tak ada rumah terbuka kan? Sana-sini ada rumah terbuka keluarga, rakan-rakan atau pun jiran tetangga.

Tapi, kalau korang free 21 April ni, dan korang tinggal kawasan Lembah Klang, jom ke satu rumah terbuka yang paling unik dan menarik yang korang mungkin pernah pergi!

Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik S P Setia

rumah terbuka s p setia

Nama rumah terbuka pun dah unik, bukan setakat ada makan-makan biasa je, banyak lagi aktiviti menarik menanti.

Rumah terbuka S P Setia tahun ni bertemakan Sentuhan Syawal, Setia Bersama mengambil inspirasi dari seni tradisi batik. 

Dari hasil karya tradisi, batik kini diekspresikan dengan sentuhan moden mengikut arus perubahan semasa. 

Pelbagai aktiviti menanti

tetamu rumah terbuka

Bukan biasa-biasa rumah terbuka ni sebabnya ada persembahan nyanyian dari Tomok dan Amy Mastura. Jadi peminat Tomok dan Amy Mastura, jangan terlepas peluang tengok penyanyi kesayangan korang live pula!

Selain tu, ada juga persembahan dari pemuzik tempatan, Harmonik Perdana yang tak kurang hebatnya.

Bukan tu je guys! Ada juga penampilan khas dari DJ Era, Nabil, Haniff dan Ray. Dah ada Nabil, sedialah korang untuk disakat dengan lawak-lawak spontan darinya. Ada je nak bahan nanti tu!

Pertunjukan fesyen batik – Phygital Catwalk Terpanjang di Malaysia

Menampilkan kelainan dengan temanya, pengunjung juga akan berpeluang melihat sendiri Phygital Catwalkl Terpanjang di Malaysia ketika Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik itu nanti.

Nak tahu apa yang unik dan kelainannya? Kenalah datang dan alami sendiri, bawa semua family, kawan-kawan dan saudara-mara.

Selalu tengok dan pakai batik tapi tak pernah merasa pengalaman buat sendiri? Turut disediakan aktiviti Batik DIY dan bengkel seni batik. Bolehlah cuba sendiri nanti, mana tau ada bakat terpendam?

Booth jenama batik turut dibuka untuk pengunjung melihat lebih dekat dan mungkin membeli hasil seni dari jenama seperti Batik Tektura, John Ang serta Inisaya.

Pertandingan Pantun 4 Kerat menawarkan hadiah bernilai sehingga RM6000*!

S P Setia juga anjurkan pertandingan pantun 4 kerat dengan hadiah menanti bernilai sehingga RM6000!

Antara hadiahnya adalah seperti Apple iPad, Apple Watch, AirPods dan banyak lagi. Nak tahu macam mana nak menang? 

Jadi, kalau nak, kenalah sertai Setia Raya Pantun 4 Kerat Contest menerusi aplikasi Setia on the Go yang boleh dimuat turun di Google Playstore, Apple App Store atau Huawei App Gallery. 

Pertandingan berlangsung dari 8 April hingga 22 April. Pemenang pula akan dipilih pada 30 April 2024.

*Tertakluk terma & syarat.

Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik menanti kehadiran pengunjung

Untuk kali ini, Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik membawakan tema Sentuhan Syawal, Setia Bersama.

Menggamit kenangan betul konsep rumah terbuka S P Setia. Kalau korang nak tahu, ia mendapat inspirasi daripada perjalanan Batik yang mempamerkan evolusi seni tradisional kepada ekspresi moden.

Ini mencerminkan komitmen S P Setia sebagai pemaju hartanah terkemuka negara untuk dan mencipta komuniti di mana tradisi dan kemajuan wujud bersama.

Butiran Rumah Terbuka #RayaCantikRayaBatik seperti di bawah:

Tarikh: 21 April 2024 (Ahad)

Masa: 5.00 petang – 9.00 malam

Lokasi: Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam.

Sebelum tu, jangan lupa daftarkan kehadiran di laman rasmi S P Setia www.spsetia.com 

Jom #RayaBatikRayaCantik dan gayakan baju raya bertemakan batik di sana nanti. Jumpa di sana!

The post Tomok, DJ ERA, Nabil, Haniff & Ray Meriahkan Rumah Terbuka S P Setia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar