-->

‘Tutup jalan untuk keselamatan’ – Lelaki ini perjelas kewujudan 3 buah lori di lebuh raya PLUS

Apabila melalui jalan lebuh raya, sudah pastinya pengguna jalan raya inginkan keselesaan dan perjalanan yang lancar.

Jika pernah melalui lebuh raya PLUS, pastinya pernah berdepan dengan tiga buah lori kecil yang menghalang laluan pengguna. Ramai yang tidak mengetahui apakah fungsi lori-lori berkenaan sehingga ada yang mengeluh terpaksa berdepan dengan kesesakan.

Lori-lori berkenaan merupakan safety vehicle, kenderaan rasmi yang digunakan oleh pekerja penyelengaraan PLUS Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan, PLUS Malaysia bersama rakan penyelenggaraan UEM EDGENTA membuat penutupan jalan untuk memastikan lebuh raya selamat untuk dilalui pengguna dari objek-objek asing yang berbahaya di atas lebuh raya.

“Mereka tutup jalan bukan sesuka hati, tetapi untuk keselamatan pekerja penyelenggaraan yang tengah bekerja di hadapan dan juga pengguna highway yang lain.

“Tutup jalan pun ada dua situasi. Pertama, penutupan yang dirancang berdasarkan waktu, lokasi dan tarikh tertentu. Kedua, penutupan yang tidak dirancang. Ini merupakan tindakan atau respon daripada aduan ada objek-objek asing yang perlu dialihkan,” katanya.

Dalam pada itu juga, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan dan tidak memotong barisan atau jalan yang telah ditutup.

Sumber: Pandulaju

The post ‘Tutup jalan untuk keselamatan’ – Lelaki ini perjelas kewujudan 3 buah lori di lebuh raya PLUS appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar