-->

‘Tiada niat nak porak peranda rumahtangga Aliff & Bella’ – Muaz Zabir akui kekhilafan

Pendedahan mengeneni hubungan selebriti Bella Astillah dan Muaz Zabir mengejutkan ramai pihak. Sebelum ini, Muaz Zabir dilihat memilih untuk berdiam diri.

Bagaimanapun, menerusi satu temu bual bersama Melodi, Muaz menyatakan isu tersebut memberikan tekanan kepadanya dan juga Bella.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan hubungannya dengan Bella seperti yang didedahkan oleh Bella baru-baru ini.

“Saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan Bella sebelum ini bahawa kami pernah rapat sekitar tahun lepas dan perkara ini sudah diselesaikan. Kita dah dapat kata sepakat dari keluarga Bella, Aliff Aziz untuk move on daripada apa yang terjadi.

“Saya hanya dengar keluhan Bella sebagai rakan yang ingin membantu dan sumpah tak ada niat dalam hati untuk memporak-peranda rumah tangga.

“Dan ini kekhilafan saya dan Bella sendiri, keluarga Bella tidak ada kena mengena. Saya tidak pernah terfikir untuk ada apa-apa hubungan dengan isteri orang,” katanya.

Sementara itu, Muaz menyatakan dia tidak dapat menghalang persepsi masyarakat atas apa yang berlaku.

“Saya akui ini memang khilaf saya dan memohon maaf kepada semua pihak lebih-lebih lagi yang terkesan dengan apa yang terjadi terutamanya kepada keluarga saya dan keluarga Bella,” katanya.

Sumber: Melodi

The post ‘Tiada niat nak porak peranda rumahtangga Aliff & Bella’ – Muaz Zabir akui kekhilafan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar