-->

‘Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bukan anggota Jemaah Islamiyah’ – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek yang mati ditembak dalam insiden di Balai Polis Ulu Tiram didapati bukan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).

Dalam satu laporan, beliau berkata, lelaki berusia 21 tahun itu pada awalnya disyaki mempunyai kaitan dengan JI berdasarkan pembabitan bapa suspek yang berusia 62 tahun juga ahli kumpulan pengganas berkenaan.

“Suspek yang ditembak mati itu didapati tiada kaitan dengan kumpulan pengganas JI.

“Dia (suspek) bukan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tiada kaitan dengan JI, dia bukan ke arah itu (terbabit dengan kumpulan pengganas),”katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, suspek dalam kejadian itu didapati bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal polis.

“Hasil keterangan diambil, daripada 46 individu dalam profil dipercayai berkaitan insiden berkenaan.

“Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil lone wolf, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bukan anggota Jemaah Islamiyah’ – KPN appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar