-->

‘KTM perlu beri penjelasan isu parti liar, Pinkfish Festival’- UMNO Kedah

Baru-baru ini tular di media sosial penganjuran sebuah parti dalam gerabak Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mengundang kecaman ramai. Parti berkenaan merupakan kali pertama diadakan di Asia Tenggara.

Menerusi beberapa video tular, parti yang diberi nama Pinkfish Festival itu secara terangan menghidangkan minuman keras dan pelbagai makanan lain.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menuntut penjelasan daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Brhad (KTMB) berhubung kejadian tersebut.

Tegasnya,parti yang dibuat itu tidak selari dengan adat kesopanan dan budaya timur masyarakat Malaysia selain tidak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Sangat mengecewakan apabila nama sahaja kereta api Tanah Melayu, tetapi membenarkan parti liar yang penuh dengan arak dan perbuatan yang tidak senonoh. Apakah mesej yang KTM cuba sampaikan kepada rakyat bahawa kami sudah tidak Melayu?

“Itu belum lagi kecoh apabila dikatakan surau juga antara lokasi parti tersebut. Ini sudah melampau! Tempat yang sepatutnya suci dan bersih dibenarkan untuk pengunaan kasut, parti games dan arak,” dakwanya.

Kata beliau, penjelasan perlu diberikan oleh pihak KTM bagaimana penganjuran parti berkenaan boleh dibenarkan.

“Sekalipun KTM memang sudah membenarkan penyewaan koc untuk tujuan peribadi, tetapi perlulah meletakkan syarat yang ketat demi tidak mencemarkan imej dan nama KTM sendiri.

“Saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘KTM perlu beri penjelasan isu parti liar, Pinkfish Festival’- UMNO Kedah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar