-->

Budak 6 tahun ditemui meninggal dunia dalam mesin basuh, punca kematian kecederaan di kepala

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui tidak sedarkan dalam mesin basuh dalam kejadian di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, semalam.

Mangsa yang ditemui oleh neneknya, kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Namun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.44 pagi.

Siasatan awal mendapati, mangsa ada bersama dengan ahli keluarga lain di dalam rumah ketika kejadian. Namun, mangsa ditemui di dalam mesin basuh oleh neneknya pada jam 9.30 pagi.

“Mangsa dihantar ke hospital dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi Isnin,” katanya.

Keputusan bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Sumber: Harian Metro

The post Budak 6 tahun ditemui meninggal dunia dalam mesin basuh, punca kematian kecederaan di kepala appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar