-->

Netizen label Janna Nick pengacara toksik, penerbit Famili Duo 3 nafi pengacaranya sindir program tv sebelah

Pelakon Janna Nick dikritik netizen di media sosial kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran terhadap program hiburan stesen televisyen lain yang bersiaran di pada hari dan waktu yang sama.

Terdahulu dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang mula ditayangkan pada malam Ahad, 15 Oktober 2023, Janna yang digandingkan dengan pengacara Izzue Islam, ada menyebut:

“Pernah tak ada program realiti lain buat satu tahun dua kali? Tiada. Ini sebab ramai penaja masuk. Nak capai 10 musim tidak perlu tunggu 10 tahun. Sebaliknya tiga tahun sudah cukup,” katanya.

Selain itu, ada netizen mendakwa dua pengacara itu turut berkata, “Tak perlu panggil satu industri, korek-korek legend semua datang. Tak payah satu, dua atau tiga, kita berduo ja sampai habis”.

Ini termasuk menyebut beberapa perkara yang membabitkan bilangan pengacara.

Pengacara paling toksik – Netizen

Kenyataan tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap pengacara FD3 itu toksik dan tidak profesional dalam mengacara. Malah, netizen meminta pihak penerbit menggantikan pengacara berkenaan dengan yang lain.

“Pengacara wanita toksik. Boleh gantikan orang lain yang sesuai dengan Izzue Islam.

“Janna Nick, walaupun ini kerja awak sebagai pengacara, terserlah realiti pengacaraan rancangan paling toksik.

“Di Malasia tiada pengacara lain? Meleret dan perli-perli. Nanti netizen kutuk, terus kemurungan,” kata netizen seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Online.

Penerbit FD3 nafi pengacara sindir program lain

Sementara itu, Penerbit Eksklusif FD3, Muhd Suffian Isa ditanya mengenai perkara itu, beliau menafikan pengacaranya menyindir program hiburan lain.

“Kalau ada program lain yang rasa disindir, itu terpulanglah. Tapi kami sebenarnya tak sindir. Tetapi untuk kuatkan kandungan dan apa yang orang harus tahu mengenai Famili Duo 3,” katanya.

Dalam pada itu juga, Muhd Suffian menjelaskan, nama Elly Mazlein disebut pengacara ketika program FD3 hanyalah sebagai gimik promosi media sosial sahaja.

“Nama Kak Lina itu mungkin sekadar gimik di media sosial. Tapi bukan nama dia saja yang disebut kerana ada beberapa artis lain juga disebut untuk biarkan penonton berteka-teki,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

The post Netizen label Janna Nick pengacara toksik, penerbit Famili Duo 3 nafi pengacaranya sindir program tv sebelah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar