-->

'Abang ni melawan hukum majikan Melayu ni' - Netizen puji Khairul Aming beri bonus & bawa staff pergi shopping raya



Bagi meraikan penat dan lelah pekerjanya yang bertungkus lumus menaikkan jenama produk makanannya, pempengaruh terkenal, Khairul Aming sentiasa menghargai mereka. Pada tahun lepas dia membawa pekerjanya bercuti di sebuah resort dan juga membawa mereka ke pusat membeli belah Genting Premium Outlet.


Sekali lagi Khairul Aming mendapat pujian ramai apabila beliau memberikan ganjaran kepada pekerjanya dengan membawa mereka membeli kelengkapan raya dan berbuka puasa di hotel. Bukan setakat itu sahaja, dia juga memberikan bonus sebagai tanda penghargaan.


“Kita tutup kedua-dua kilang Sambal Nyet sebab kita nak meraikan staff, jadi kita bawak semua keluar jalan-jalan la. First kita shopping baju raya dulu, rutin wajib setiap tahun.


“Actually,bulan puasa ni demand untuk Sambal Nyet sangat tinggi, naik tiga kali ganda. Tapi kita tak jual lebih dari kapasiti sebab tak nak staff kita burn out. Alhamdulilah dapat team yang supportive,” katanya


Seperti biasa, tindakan Khairul Aming itu mendapat pujian ramai. Dan ada juga yang sebak apabila melihat cara Khairul Aming menghargai pekerjanya.


“The best leader. Saya pernah jumpa depan-depan tak sombong. Layan saya baik je padahal dia tak kenal saya langsung,” kata Ariff Lubis.


“Our inspiration. Semoga sentiasa murah rezeki,” tulis Abaya Zulaikha.


“Sebab tu la kenapa KA murah rezeki dari segi engagement views yang tinggi setiap post. Penjualan sambal yang laku keras, semoga dimurahkan rezeki,” kata Fazhan.


@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe #InspirasiRamadan #BukaPuasa ♬ original sound - Khairulaming


Sumber: TikTok Khairul Aming



LihatTutupKomentar