-->

Ditahan berkhalwat kali kedua, ibu tunggal didenda RM4K & 6 sebatan

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman enam sebatan ke atas seorang wanita yang berstatus janda selepas mengaku bersalah berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman pada Januari lalu.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu Pindaan 2022.

Hukuman sebatan itu merupakan kes pertama di Terengganu melibatkan pesalah khalwat wanita.

Tertuduh juga dikenakan denda RM4,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu bersama pasangannya ditahan berkhalwat ketika serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Taman Geliga, Kemaman kira-kira 3.15 petang pada 31 Januari lalu.

Terdahulu, tertuduh pernah dihukum denda RM3,000 atau empat bulan penjara jika gagal bayar denda setelah disabitkan melakukan kesalahan sama di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada 28 Januari 2018.

Manakala pasangan lelaki yang turut ditahan bersama tertuduh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 23 April depan bagi kesalahan kali pertama melibatkan khalwat.

Sumber: Sinar Harian

The post Ditahan berkhalwat kali kedua, ibu tunggal didenda RM4K & 6 sebatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar