-->

'Takde 'fun' pun buat benda bodoh ini, fikir kesannya pada anak-anak' - Reaksi Ziana Zain pada MV lagu raya Aliff Syukri



Penyanyi Ziana Zain berpendapat, ahli perniagaan Aliff Syukri sengaja mencetuskan publisiti murahan dengan melancarkan video muzik rayanya baru-baru ini. 


Bagi Ziana atau Siti Roziana Zain, sebagai individu yang berpengaruh, mereka sepatutnya menunjukkan nilai yang baik kepada umum kerana bimbang sekiranya anak sendiri 'terkenan' dengan perangai jelik sedemikian. 


"Kita ini dalam masyarakat, kena tunjuk benda yang baik-baik terutama sekali zaman sekarang, ramai anak muda yang suka ikut benda tak betul. 


"Jadi, kita sebagai orang dewasa perlu cakna akan tanggungjawab untuk memberi contoh yang baik buat golongan muda. Lagilah, kalau dah ada anak-anak. 


"Mungkin apa yang kita buat, anak-anak kita pergi sekolah, mereka yang terasa. Sekali tidak, dua kali tidak lama-kelamaan akan makan diri tau terhadap anak-anak. 


"Benda ini sensitif sebenarnya. Kita buat sesuatu perkara, jangan fikir impaknya hanya pergi kepada diri kita. Kena fikir masyarakat dan keluarga. 


"Tak ada 'fun' pun buat benda bodoh ini. Itu pendapat peribadi saya. Bagi sebilangan orang lain, kalau suka dengan apa yang dipaparkan, saya tak tahulah," katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online, Sabtu, 8 April 2023. 


Jelas Ziana lagi, orang yang berduit boleh melakukan apa-apa sahaja dan setiap kali menjelang musim perayaan Aidilfitri pasti akan ada orang seperti itu yang akan mencetuskan kontrovesi di media sosial, meskipun lagu penuh belum lagi dikeluarkan. 


"Orang yang berduit, boleh buat macam-macam. Setiap kali hari raya, memang akan ada 'dua' orang ini. Seorang dah keluar dah. Tapi lagu penuh, belum keluar. Baru keluar 'teaser' tak silap saya. 


"Tapi kadang-kadang bila tengok, mereka menghiburkan juga. Jadi benda ini ada kebaikan dan keburukannya. Ada sokongan, maka akan adalah tahun depan. Susah nak cakap, itu yang saya cakap tepuk dada tanya selera. Mereka sahaja yang tahu apa yang mereka nak sebenarnya," katanya. 


Sumber: Kosmo! Online



LihatTutupKomentar