-->

Pengendali akaun X MyNewsHub dipanggil SKMM

Pengendali akaun X My News Hub semalam memuat naik video dengan caption yang mendakwa seorang penjawat awam ditahan dan dibawa keluar dari dewan hanya kerana bertanyakan soalan mengenai kuarters kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM ketika itu, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.

“Tanya pasal kuarters jer dah kena macam tu depan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Tapi kena puji KSN. Walaupun dihalang, beliau tetap datang kat brader tu cakap elok-elok.

“…ini agensi tempat pegawai itu kerja. Mula gelabah bila dia beritahu KSN masalah dia, halang dia separuh jalan dengan begitu kasar sekali.

“Dia tanya pun asalnya bukanlah kasar sangat pun. Bukan dia maki hamun KSN. Tahulah KSN nak uruskan macam mana,” katanya.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih dari sejuta kali dan mengundang pelbagai persepsi negatif orang ramai terhadap penjawat awam.

JPA nafi dakwaan My News Hub

Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menafikan dakwaan tersebut yang dipercayai dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap institusi perkhidmatan awam.

“Video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.

“JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmaatn awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan penjawat awam di negara ini,” kata kenyataan itu.

SKMM panggil pengendali akaun

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pengendali akaun My News Hub berusia 48 tahun untuk dirakam percakapan kerana telah memuat naik video tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna media sosial.

SKMM memandang serius dengan penularan video tersebut yang dilihat berniat membina persepsi negatif terhadap penjawat awa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

The post Pengendali akaun X MyNewsHub dipanggil SKMM appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar