-->

Wanita ditemui dengan 12 kesan kelaran, disyaki dibunuh oleh suaminya sendiri

Tragedi mengerikan berlaku di Bandar Botanik apabila seorang wanita berusia 28 tahun ditemui maut dengan kesan kelaran di leher dan tangan kanan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.58 pagi daripada adik kepada suspek.

Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan telah berkahwin sejak dua tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan. Bagaimanapun, pasangan tersebut didakwa mempunyai masalah rumah tangga.

Bedah siasat terhadap mayat mangsa menemukan 12 luka hiris di beberapa bahagian badan termasuk leher, pipi, telinga, lengan, kepala serta jari. Punca kematian adalah disebabkan oleh luka kelaran di bahagian leher.

Suami kepada mangsa yang berusia 31 tahun kini sedang direman selama tujuh hari sehingga 14 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan sedang dijalankan dan beberapa saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk ahli keluarga terdekat.

Sumber: Harian Metro

The post Wanita ditemui dengan 12 kesan kelaran, disyaki dibunuh oleh suaminya sendiri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar