-->

Polis bawa ibu Zayn Rayyan ke rumah & lokasi Zayn ditemukan

Polis membawa ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ke kediaman mereka di Damansara Damai, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Suspek dibawa menaiki van putih menuju ke kediaman mereka di blok R pada jam 10.15 pagi.

Menerusi satu laporan, suspek diminta melakonkan semula kejadian yang berlaku di kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan di saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman.

Dalam pada itu, anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak.

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

Disember lalu, kes kehilangan Zayn Rayyan menjadi perhatian ramai. Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Sumber: Harian Metro

The post Polis bawa ibu Zayn Rayyan ke rumah & lokasi Zayn ditemukan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar