-->

Subsidi Diesel: ‘Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara’ – PM

Langkah kerajaan Malaysia melaksanakan penyasaran subsidi diesel telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan langkah ini diambil untuk menyelamatkan negara dari krisis ekonomi.

Beliau mengakui tindakan ini mungkin tidak popular dan akan mendapat tentangan dari beberapa pihak. Tetapi, beliau menegaskan langkah ini perlu dilaksanakan kerana tidak ada pilihan lain.

“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara. Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu apa pun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.

“Saya lihat (yang) pakai songkok, serban, jubah, tetapi tipu terus menerus. Padahal kita beritahu, penyasaran subsidi semua Perdana Menteri sebelum itu sudah setuju. Cuma tidak ada tekad politik unttuk melaksanakan kerana risikonya ada. Tetapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan,” katanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, semalam mengumumkan harga runcit bahan api diesel ditetapkan pada RM3.35 seliter bermula pada tengah malam Isnin di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal pada RM2.15 seliter.

Sumber: Harian Metro

The post Subsidi Diesel: ‘Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara’ – PM appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar