-->

Ketua jabatan disekat kenaikan pangkat jika gagal laporkan kecurangan – PM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesyorkan cadangan baru yang bertujuan untuk memperkuatkan integriti dalam sektor awam.

Ketua jabatan atau unit yang gagal melaporkan kecurangan dalam jabatan mereka mungkin akan disekat kenaikan pangkat. Kaedah hukuman tersebut akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Anwar berkata, amalan kecurangan ini sudah berlaku bertahun-tahun dan ketua jabatan atau unit harus bertanggungjawab untuk melaporkannya.

“Kalau nampak dengan terang salah laku, kenapa ketua jabatan tidak lapor, kenapa ketua unit tidak tahu, saya kadang-kadang fikir kerana amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak ketahui.

“Maka saya akan syorkan kepada KSN, mesyuarat dalam terdekat ini, dalam keputusan kita mengenai penyelarasan gaji, kita tetapkan seorang ketua jabatan atau unit tidak akan diberikan kenaikan pangkat, sekiranya diketahui di bawahnya itu (ada kecurangan) dan tidak dilaporkan, tidak diizinkan terus,” katanya.

Semua ketua jabatan atau unit juga diarah melaporkan sebarang kecurangan atau salah laku pada minggu depan.

Ini kerana tanggungjawab menangani salah laku dan kecurangan bukan lagi terletak di bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja, tetapi juga kepada ketua jabatan dan unit.

Sumber: Harian Metro

The post Ketua jabatan disekat kenaikan pangkat jika gagal laporkan kecurangan – PM appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar