-->

Remaja maut akibat keracunan makanan, selepas makan 3 biji telur mata

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.

Menurut bapa mangsa, Kamal, kejadian itu berlaku selepas isterinya membawa pulang mihun dan telur mata dari sebuah program di sekolah agama di Sungai Cincin, Sabtu lalu.

Difahamkan, telur tersebut dimakan oleh Kamal, isterinya dan anak lelaki mereka. Manakala dua anak perempuannya hanya memakan mihun.

Jelas Kamal, anak lelakinya telah memakan tiga biji telur mata dan tidak beberapa lama kemudian, mereka bertiga mula merasakan sakit perut.

“Saya pergi ke klinik hari ini dan beranggapan anak lelaki saya tidak apa-apa. Namun, sebaik saja saya pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak saya sudah meninggal dunia di rumah,” katanya.

Menurut Kamal, makanan tersebut disediakan oleh pihak luar yang ditempah oleh penganjur program tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Siasatan awal mendapati, sekolah agama di Sungai Cincin yang terlibat telah menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

“Namun, tiada pelajar sekolah tersebut yang terlibat dalam kes keracunan ini. Seramai 33 guru yang juga merupakan urusetia terlibat dan dakwaan membabitkan dua kematian melibatkan pihak ketiga (orang luar),” katanya.

Beliau menambahkan, Jais sedang menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian remaja berkenaan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

The post Remaja maut akibat keracunan makanan, selepas makan 3 biji telur mata appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar