-->

Bapa cipta kerusi roda khas ,memudahkan pergerakan anak yang alami spina bifida

Demi anak, seorang bapa mencipta sebuah kerusi roda khas untuk pergerakan anaknya yang mengalami spina bifida atau kecacatan tulang belakang.

Mohd Noor Syazwan yang merupakan seorang jurutera mekanikal mencipta alat tersebut dengan menggunakan kerusi bayi, papan pemotong, tayar basikal dan span untuk memudahkan pergerakan anaknya, Muhammad Qhalish.

@faratarmizy

Replying to @ernie_mansor85 Papa Qhalish yang buatkan untuk dia sebab wheelchair mcm nie hanya ada di oversea dan sekarang kami juga ada mengambil tempahan untuk customade wheelchair untuk anak² macam Qhalish #anaksyurga #spinabifidawarrior #babywheelchairs #mystrongboy

♬ Senyumlah – Trexsound

Katanya, dia mendapat idea menghasilkan kerusi roda terbabit selepas membuat kajian di internet berkenaan anak-anak yang mempunyai masalah sama di luar negara.

“Qhalish ini ada tiga sepupu yang sebaya dan dua daripadanya sudah boleh berjalan. Jadi apabila mereka ini main bersama, saya kasihan tengok pergerakannya terhad.

“Jadi dari situ kami terfikir perlu buat sesuatu bagi membolehkan Qhalish ini ‘berjalan’ dan itulah terhasilnya kerusi roda khas untuk dia,” katanya.

Hasil ciptaannya itu turut menarik perhatian ibu bapa lain yang berhasrat menempahnya apabila isterinya sering berkongsikan perkembangan Qhalish di jaringan TikTok.

@faratarmizy

Anak hebat mama papa..sekarang Qhalish dah semakin pandai untuk bergerak bebas dengan wheelchair dia..tq MakTok n Tokwan clearkan hall untuk senang adik nak bergerak dalam rumah #babywheelchairs #spinabifidawarrior #anaksyurga

♬ original sound – Traveler_kembar – Traveler_kembar

“Tak sangka pula ada yang berminat menempah kerusi roda ini untuk anak mereka yang alami masalah macam Qhalish selepas isteri kongsinya di TikTok dan sekarang dah terima empat tempahan,” katanya.

Tambahnya lagi, kos keseluruhan bagi mencipta kerusi roda berkenaan dianggarkan kira-kira RM700 dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan.

Sumber: Fara Tarmizy, Sinar Harian

The post Bapa cipta kerusi roda khas ,memudahkan pergerakan anak yang alami spina bifida appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar