-->

‘Buat loan semata-mata nak travel & beli barang mewah’ – Individu dedah golongan muda jadikan trend buat pinjaman bank

Kewujudan media sosial memberikan impak yang berbeza dalam kehidupan masyarakat. Medium ini ada yang menyumbang kepada kebaikan dan tidak kurang juga membawa kepada keburukan jika tidak diatasi dengan baik.

Ada juga yang menyatakan media sosial merupakan satu sisi ‘palsu’ atau dunia tipu-tipu individu. Dan ada juga yang dikatakan terjerat dengan terpengaruh dengan kehidupan mewah di media sosial.

Menerusi satu hantaran, individu ini mendedahkan ada yang dengan rela membuat pinjaman bank semata-mata mahu kehidupan mewah dan melancong.

Bukan itu sahaja ada juga yang membongkarkan sisi lain individu yang sanggup bermewahan membeli beg berjenama berharga ribuan ringgit dengan cara membuat pinjaman bank.

Tidak dipastikan samada ini merupakan satu trend dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda, namun tindakan berkenaan dilihat bukan satu tindakan wajar. Ini kerana individu perlu menanggung pula bebanan tambahan hutang.

Ramai yang mempersoalkan kewajaran mereka yang membuat trend seperti ini. Kata netizen, sepatutnya duit untuk pergi melancong merupakan duit simpanan sendiri bukanlah dari pinjaman.

Dalam pada itu ada juga yang mengatakan perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik atau luar biasa. Ramai anak-anak muda katanya rela membuat pinjaman semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri dan juga kemewahan dan dicanang ke media sosial.

Sumber: X

The post ‘Buat loan semata-mata nak travel & beli barang mewah’ – Individu dedah golongan muda jadikan trend buat pinjaman bank appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar