-->

‘Bukan Orang Kurang Upaya, tapi Orang Kuat Usaha’ – Semangat kental golongan OKU sebagai rider & driver Grab dikagumi ramai

Kekurangan fizikal bukanlah satu halangan untuk berjaya. Malahan, ramai dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sudah membuktikan kejayaan dan pencapaian dalam hidup mereka.

Peluang pekerjaan yang diberikan oleh majikan juga antara faktor punca pendapatan golongan ini.

Jika sebelum ini kita hanya mendengar golongan OKU bekerja di premis makanan segera atau restoran lain, tetapi jarang mendengar mereka bekerja sebagai pemandu e-hailing atau sebagai penghantar makanan.

Grab Malaysia, antara salah satu syarikat yang menyediakan pelbagai inisiatif kepada golongan OKU dalam melaksanakan tugasan.

Menerusi video yang merakamkan gelagat pemandu dan penghantar Grab OKU, ramai yang memuji usaha mereka dalam mencari rezeki. Tiada kepenatan diriak wajah, tapi hanya senyuman yang terukir.

Walaupun serba kekurangan, namun usaha yang mereka lakukan dilihat cukup sempurna.

Dalam pada itu, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka ketika menggunakan perkhidmatan daripada golongan OKU.

Sumber: X

The post ‘Bukan Orang Kurang Upaya, tapi Orang Kuat Usaha’ – Semangat kental golongan OKU sebagai rider & driver Grab dikagumi ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar