-->

Vlogger dipenjara dua bulan, denda RM174K kerana peluk orang awam di jalanan

Seorang lelaki Algeria baru-baru ini telah dijatuhkan hukuman dua bulan penjara selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan memeluk orang awam di jalanan untuk menyebarkan kedamaian.

Vlogger Mohamed Ramzi, 30-an, telah menimbulkan kemarahan masyarakat pada musim panas lalu dengan memuat naik video eksperimen sosialnya di TikTok diinspirasikan daripada vlogger terkenal Eropah yang dikenali kerana eksperimen sosial seperti memeluk orang ramai di jalanan.

Malangnya, video tersebut mengundang kecaman ramai. Walaupun Mohamed telah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan dia hanya mahu menyebarkan kedamaian dan kasih sayang, ia tidak dapat meredakan kritikan masyarakat dan pengamal undang-undang serta perlu berdepan dengan tindakan.

Tahun lalu, mahkamah membebaskannya daripada semua pertuduhan. Tetapi pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Kehakiman Algeria.

Pihak pendakwaan menuduh Mohamed melakukan perbuatan yang tidak senonoh kerana klip memeluk orang awam dan dalam video tersebut turut menampilkan dua gadis memakai skirt pendek di mana salah seorangnya mempunyai tatu.

Mahkamah kemudian memutuskan Mohamed bersalah dan dihukum penjara selama dua bulan. Selain perlu membayar denda sebanyak 5 juta dinar (RM174K).

Sumber: Al-Ain

The post Vlogger dipenjara dua bulan, denda RM174K kerana peluk orang awam di jalanan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar