-->

‘Kenapa isi minyak seringgit je? Duit saya bagi tadi tak cukup ke?’

Pekerjaan sebagai penghantar makanan seringkali dianggap mudah oleh orang ramai. Namun, di sebalik tugas harian yang nampak ringan, terdapat kisah-kisah suka-duka yang jarang diketahui oleh orang awam.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang penghantar makanan menolak motosikalnya yang dipercayai kehabisan minyak dalam cuaca hujan.

Kebetulan itu, seorang TikToker Boss Erry ternampak lelaki itu lalu berhenti dan menghulurkan wang kepadanya untuk mengisi minyak.

@boss.erry

Jom doakan abang kita sentiasa dimewahkan rezeki & selamat dunia akhirat. 🤲🏻#doa

♬ original sound – boss.erry – boss.erry

Namun, tindakan penghantar makanan tersebut hanya mengisi minyak sebanyak RM1 menimbulkan tanda tanya dan Erry terus bertanya kenapa dia berbuat demikian.

“Tadi mamat Grab tu isi minyak seringgit saja ke? Asal dowh seringgit? Seriuslah? Duit yang saya bagi tadi tak cukup ke apa? Takkan isi minyak seringgit saja?”

Penghantar makanan itu kemudian menjelaskan dia sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah dan kebetulan pula minyak motosikalnya habis.

“Saya memang nak balik, saya isi minyak bila balik sahaja. Anak saya di rumah tak makan lagi. Duit yang lebih, saya simpan untuk beli pampers anak.”

Bersimpati dengan penjelasan lelaki itu, Erry menghulurkan wang tambahan bagi membolehkan dia membeli barangan keperluan anaknya.

“Tak apalah. Macam ni, kalau awak nak beli susu anak ke, beli makanan untuk anak ke apa semua, saya bagi sikitlah (duit tambahan). Ini cuma nak kongsi rezeki. Ambillah, saya pun ada rezeki sikit, saya tolong. InshaAllah.

“Jangan sedih ye, kita hidup kena kuat. Lain kali kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen yang terkesan dengan perkongsian video itu.

Jatuh air mata

Tiba-tiba Allah hantar rezeki

Tengah buat konten?

The post ‘Kenapa isi minyak seringgit je? Duit saya bagi tadi tak cukup ke?’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar