-->

‘Budak-budak disuruh stop main sebab bola melantun terkena kereta dia’

Kediaman flat merupakan tempat tinggal yang mempunyai beberapa unit perumahan dalam satu bangunan. Penduduk di sini perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa kerana mereka berkongsi kemudahan yang sama, seperti tempat permainan, parkir dan lain-lain.

Namun, walaupun ada kebaikan berkongsi, adakalanya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Contohnya dalam kes yang tular sejak dua hari lalu di mana seorang wanita tidak berpuas hati apabila sekumpulan kanak-kanak diminta berhenti bermain bola di kawasan itu disebabkan bola melantun terkena pada kenderaan penduduk.

Bermain salah satu proses untuk membesar

Menurut Siti Hajar Rahman, masalah ini sudah lama berlarutan dan masih belum menemui sebarang jalan penyelesaian. Dalam masa sama, dia berasa kasihan dengan kanak-kanak yang mahu bermain di kawasan tersebut.

“Budak-budak disuruh stop main sejak bola melantun terkena kereta Proton X70 dia. Isu ini da berlarutan agak lama. So far masih belum ada solusi yang win-win untuk kedua-dua pihak.

“Setiap kali kereta dia balik, maka akan bertempiaran larilah anak-anak dari bermain. Untuk aku sebagai mak, macam mana nak beritahu anak supaya jangan bermain walhal itu adalah satu proses untuk dia membesar? Lagi pun, hanya itu sahaja kawasan yang ada untuk bermain,” katanya.

Tak perlu buat scene sana sini

Walaupun begitu, Siti Hajar mengakui dia turut memahami perasaan pemilik X70 tersebut. Namun dia berpendapat pemilik kenderaan itu sepatutnya berbincang dengan pihak pengurusan untuk mencari jalan penyelesaian.

“Dan of coz sebagai car owner, aku pun tak happy kalau kereta aku sentiasa dalam risiko. Macam nak confront that guy. Kau pergilah bincang dengan management untuk ubah spot parking. Since kau je yang complaint. Tak perlu buat scene sana sini. Atau pun minta kebenaran untuk pasang net tepi kereta kau ke.

“Ramai orang selalu focus on what happen, but not on what’s the solution,” katanya.

Bagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju dengannya. Ini kerana berdasarkan pemerhatian pada gambar yang dikongsi, kawasan tersebut sememangnya tidak sesuai untuk bermain bola.

Owner post tukar parking dengan owner X70

Bila cermin kereta pecah, ada ke nak mengaku?

Patutlah anak makin lembik

Kecik-kecik dah diajar tak pedulikan harta orang lain.

The post ‘Budak-budak disuruh stop main sebab bola melantun terkena kereta dia’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar