-->

Wartawan China dedah kes COVID-19 di Wuhan dibebaskan selepas 4 tahun dipenjara

Wartawan dari China, Zhang Zhan, dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman penjara empat tahun atas pertuduhan melaporkan wabak COVID-19 di Wuhan.

Zhang dikenakan hukuman tersebut kerana didapati telah bersalah ‘mengganggu ketenteraman awam’ dengan menyebarkan penipuan tentang situasi jangkitan wabak yang berlaku.

Wartawan yang juga merupakan bekas peguam itu antara wartawan yang datang dari Shanghai pada tahun 2020 membuat liputan situasi sebenar yang berlaku di Wuhan.

Menerusi satu klip video ringkas, Zhang mengatakan bahawa dia dibawa oleh polis ke rumah abangnya, Zhang Ju, pada 13 Mei, hari di mana dia menamatkan hukumannya.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua orang atas bantuan dan keprihatinan mereka,” katanya.

Dalam satu laporan pula menyatakan, walapun Zhang sudah dibebaskan namun ‘kebebasannya’ (pergerakan) masih terhad. Terdapat kebimbangan Zhang akan terus dikawal oleh polis walaupun sudah menamatkan hukuman di penjara.

Semasa ditahan di Penjara Wanita Shanghai, Zhang dikatakan melancarkan mogok lapar dan pernah dimasukkan ke hospital pada tahun 2021. Keluarga Zhang, menghadapi tekanan polis semasa dia dipenjarakan, dan ibu bapanya enggan berbicara dengan agensi berita.

Antara individu lain juga telah ditahan adalah Fang Bin yang menerbitkan video-video hospital yang sesak dan mayat semasa wabak. Fang dihukum penjara tiga tahun dan dibebaskan pada April 2023.

Sumber: NBC News

The post Wartawan China dedah kes COVID-19 di Wuhan dibebaskan selepas 4 tahun dipenjara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar