-->

‘Terima kasih sudi bantu’ – Bapa kepada bayi hidap paru-paru kronik, sebak terima kereta

Kisah sebuah keluarga yang menaiki motosikal membawa anak ke hospital menjadi perhatian umum. Kisah mereka juga dikatakan telah menarik perhatian Perdana Menteri.

Atas keprihatinan ramai juga, bapa kepada bayi yang menghidap penyakit paru-paru kronik telah menerima sebuah kereta yang dihadiahkan seorang individu bagi kemudahan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi. Allahu, besar ujian Encik Lan tapi tetap kuat.

“Teringat kali pertama Lan datang kedai abang aji nak cari kereta bernilai RM1,000 untuk ulang-alik Hospital Bahiyah. Walaupun abang aji bagi pilihan kereta, Lan tak kisah dan tidak meminta,” tulisnya.

Menerusi rakaman video tersebut, pasangan suami isteri begitu sebak dengan pemberian berkenaan. Azlan, bapa kepada bayi berkenaan tanpa henti mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan pemberian kereta itu.

Netizen memuji dan berterima kasih dengan individu berkenaan yang sudi menghadiahkan kepada keluarga tersebut sebuah kereta.

“Seronoknya tengok mereka dah ada kereta. Allahu, terima kasih sebab tolong mereka anak-beranak. Tengok air muka suami dia Tuhan saja tahu,” tulis netizen.

Sumber: Daniel Firdaus

The post ‘Terima kasih sudi bantu’ – Bapa kepada bayi hidap paru-paru kronik, sebak terima kereta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar