-->

‘Saya risau benda begini dinormalisasikan’ – Izwan Azir tak setuju keaiban isu kontroversi panas dicanang

Isu kontroversi panas pendedahan demi pendedahan yang dikeluarkan oleh selebriti Bella Astillah mengejutkan ramai pihak. Sebelum ini dia hanya memilih jalan untuk berdiam diri sahaja, namun seolah tercabar dengan fitnah yang dikeluarkan, dia mengambil jalan untuk membongkarkan segala-galanya.

Pendedahan tersebut juga membuatkan ada segelintir yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Selebriti, Caprice berpendapat perbuatan (curang) Bella tidak sepatutnya juga berlaku walaupun pelbagai alasan yang diberikan. Dan seharusnya sebagai seorang umat Islam perlu tahu apa hukumnya apabila berlaku curang lebih-lebih masih berstatus suami isteri.

Bekas penyampai berita, Izwan Azir juga tidak bersetuju dengan pendedahan yang dikeluarkan. Dia juga memetik keratan artikel 14 tahun lalu dari sebuah portal kenyataan yang dibuat oleh selebriti Wardina Safiyyah mengenai selebriti di Malaysia.

Risau dinormalisasikan

Katanya dia bersetuju dengan kenyataan Wardina yang mengatakan selebriti di Malaysia tidak layak untuk bergelar ikon.

“Saya macam tergamam bila perbuatan curang yang terang-terang berdosa ni diakui begitu saja. Isteri pun mengaku curang, dan cover balik dengan kata ‘khilaf’. Bukan saya nak kata saya ni baik dan maksum tapi keaiban begini sebenarnya tak boleh dicanang-canang. Agama tak suruh dihebohkan semuanya.

“Saya risau benda begini dinormalisasikan. Semua rasa benda tu biasa, yang curang rasa takde apa, yang tak curang pulak rasa macam tak ikut trend sebab semua boleh curang. Sebenarnya as selebriti, you all mesti beri contoh yang baik,” katanya.

Perlukan lebih banyak selebriti imej baik

Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan ada selebriti di Malaysia yang lain yang mempunyai imej yang positif dan boleh diangkat menjadi ikon.

“Ramai juga yang baik. Saya akui. Alif Satar sebagai contoh. Apa yang beliau buat ni sekurang-kurangnya bersihkan noda-noda hitam dunia selebriti ni. But we need more people like him.

“Kalau nak list out memang berjela. Tapi tengok sahaja contoh dekat saya, sahabat saya Haiza. No controversy. Paknil, Beto, Tokti just to name few. Malaysia, tolong hadirkan lebih ramai selebriti seperti ini. Keburukan akan padam dan kebaikan akan menang,” tulisnya.

Sumber: Izwan Azir

The post ‘Saya risau benda begini dinormalisasikan’ – Izwan Azir tak setuju keaiban isu kontroversi panas dicanang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar