-->

Jangan jadikan pemberian duit raya sebagai satu kewajipan

Budaya memberi duit raya kepada kanak-kanak pada Hari Raya adalah tradisi yang telah lama diamalkan dalam masyarakat. Duit raya, biasanya disumbangkan dalam sampul berwarna-warni, adalah hadiah simbolik yang diberikan kepada kanak-kanak sebagai tanda kasih sayang dan juga untuk meraikan kegembiraan Hari Raya.

Namun, pada hari ini, ada yang menjadikan budaya ini sebagai satu kewajipan. Ini boleh memberi pandangan yang salah kepada kanak-kanak bahawa Hari Raya hanya tentang menerima duit.

Sebaliknya, nilai sebenar Hari Raya adalah tentang kebersamaan, bermaaf-maafan dan berbagi kebahagiaan dengan orang lain.

Tiada masalah bersedekah tetapi..

Penasihat kesihatan wanita, Sarina atau lebih dikenali sebagai Kak Tam berpandangan, ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mengenai pemberian duit raya sehingga membuatkan mereka menjadi tamak.

“Saya memang tak bersetuju pemberian duit raya ini dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita. Nanti adalah ni manusia-manusia lindungan Kaabah akan mengkritik saya, ‘Ah, kita nak bersedekah pun tak boleh’.

“Bersedekah itu tidak ada masalah, tetapi cara kita mendidik anak kita tentang duit raya. Contoh, kadang-kadang mak-mak ini bagi motivasi pada anak-anak dan suruh anak dia puasa. ‘Puasa eh semua, nanti kita balik raya, kita dapat duit raya’.

Membebankan tuan rumah

“Duit raya itu telah ditanamkan di dalam pemikiran anak-anak. Kalau pergi beraya di rumah orang, mesti dapat duit raya. Duit raya itu sudah menjadi satu kemestian.

“Kadang-kadang budak-budak masa dia bersalam dengan kita, boleh nampak tau. Dia macam dongak kepala (menunggu diberikan duit raya). Kau perasan tak? Budak-budak kan, apa yang dia tahu.

“Tetapi kan, kadang-kadang benda ini membebankan orang, terutamanya tuan rumah golongan B40.

“Nasihatkan anak-anak kita. Pertama, jangan mengharapkan duit raya. Kedua, jangan sesekali buka sampul raya di rumah orang. ‘Siapa mama nampak buka sampul raya di rumah orang, balik (nanti) aku belasah kau’.

“Ketiga, pesan pada anak-anak kita jangan bertanding duit raya. Waktu balik ke rumah nenek, jangan masing-masing keluarkan duit raya, kira dengan sepupu. Benda ini menyebabkan budak-budak itu menjadi tamak.

“Duit raya ini, ada orang mampu dan tak mampu. Sebab itu kita jangan menjadikannya sebagai satu kewajipan,” katanya.

The post Jangan jadikan pemberian duit raya sebagai satu kewajipan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar