-->

‘Pendengar hanya mahukan kita mendengar, bukan selesaikan masalah’ – Kudsia Kahar beri respon isu tular jawapan DJ Radio

Tular sebelum ini penyampai radio dan seorang jemputan yang juga merupakan selebriti dan usahawan dikecam ramai kerana tidak sensitif dengan keluhan dan luahan seorang pendengar mengenai masalah yang dihadapinya.

Mengulas isu ini, bekas penyampai radio, Linda Onn memanggil tetamu undangan yang merupakan bekas Pengurus Besar Rangkaian Era dan Sinar, Kudsia Kahar dalam membincangkan isu ini dalam segmen The ONNs Show. Linda menyatakan semasa Kudsia memegang jawatan ketua dalam stesen radio berkenaan, beberapa perkara yang ditekankan kepada penyampai radio.

Dalam segmen berkenaan, Linda meminta pandangan daripada Kudsia sekiranya Linda berada di situasi tersebut.

@lindaonn

The ONNs Show: the one with.. akhirnya Linda dapat jawapan daripada Kudsia Kahar Live TikTok Linda Onn

♬ original sound – Linda Onn – Linda Onn

“Pertama, saya akan soal apa yang membuatkan kamu jadi pakar dalam kehidupan pendengar tu? Pakar sangat ke yang anda tahu kehidupan dia, apa yang membawa kekecewaan, apa yang membawa kesedihan dalam kehidupan dia.

“Kita tak boleh jangkakan kehidupan mereka (pendengar). Mereka lebih tahu macam mana kehidupan mereka. Kalau dia menceritakan kepada kita, dia hanya nak kita mendengar.

“Tak ada pendengar sebenarnya yang jangka dj radio yang akan selesaikan masalah mereka. Pendengar tahu kita bukan kauselor,” katanya.

Kata Kudsia, sepatutnya penyampai radio hanya bertindak sebagai individu yang mendengar permasalahan pendengar dan bukannya menyelesaikan masalah.

“Dia nak kita dengar luahan dia. Kita perlu cakap ‘saya faham dan minta maaf sebab awak lalui semua ni. Tu sahaja.

“Tak payahlah kita nak kata apa-apa. Bagi saya kata-kata sebelum ni (jawapan DJ) adalah salah sebab kamu bukan arif tentang ni,” katanya.

Tambah Kudsia lagi, bagi pendengar yang mengalami depresi meluahkan situasinya, sebagai penyampai katanya hanya harus mendengar dan meluahkan rasa simpati dengan dugaan yang dialami.

The post ‘Pendengar hanya mahukan kita mendengar, bukan selesaikan masalah’ – Kudsia Kahar beri respon isu tular jawapan DJ Radio appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar