-->

Penjawat awam Kelantan bakal terima bonus raya RM500 & cuti peristiwa 9 April

Esok (Jumaat) penjawat awam bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Berita baik pula bagi penjawat awam di Negeri Kelantan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk memberikan bantuan khas tersebut kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah.

Bantuan sebanyak RM500 yang akan disalurkan sebelum sambutan 1 Syawal.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pemberian bantuan khas kewangan itum bagi menghargai jasa semua pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Kerjaan negeri juga memberikan bayaran penghargaan pada kadar RM250 kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras pembangunan armalah.

“Bayaran penghargaan akan turut diberikan kepada guru pondok, guru al-Quran, guru fardu ain dan guru jahitan atau mudarribah,” katanya.

Jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 adalah sebanyak RM5.3 juta.

Dalam pada itu, kerajaan Negeri Kelantan turut bersetuju untuk mengisytiharkan cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan pada hari Selasa, 9 April.

Sumber: Kosmo Online

The post Penjawat awam Kelantan bakal terima bonus raya RM500 & cuti peristiwa 9 April appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar