-->

Sambut Ulang Tahun Ke-50, Sunway Memberi Sama Rata Kepada Semua Tanpa Terkecuali

Sunway for Good

Tipulah kalau korang tak pernah dengar orang tua-tua pernah pesan, kalau memberi, jangan sesekali berkira, sebaliknya berilah dengan adil dan saksama.

Bila fikir balik, kenapa kita kena bagi sama rata tanpa terkecuali kan? Antara sebabnya adalah supaya semua orang dapat peluang untuk merasa kelebihan yang diberikan. 

Kalau korang nak tahu antara sebab lain kenapa pentingnya memberi secara sama rata tanpa terkecuali, jom tengok video di bawah. 

Sekarang korang faham kan kenapa kita kena memberi kepada semua, tanpa mengecualikan sesiapa? 

Kalau korang hayati video ni betul-betul, ada antara mereka yang tidak diberi sokongan, peluang dan ruang kerana stigma dan prejudis yang diletakkan oleh sesetengah masyarakat terhadap mereka. 

Ada juga yang sepatutnya menjadi harapan keluarga, namun disebabkan mereka sukar untuk mencari dan mendapat peluang, mereka terpaksa menghadapi cabaran hidup sendirian. 

Jadi, sebab itulah kalau kita memberi, biar sama rata tanpa terkecuali supaya semua orang dapat merasa nikmatnya sokongan dan peluang. 

Bukan itu saja, cuba korang bayangkan kalau korang beri semua orang peluang dan sokongan, pastinya banyak kebaikan yang mereka boleh lakukan bukan saja untuk diri mereka, malah kepada masyarakat dan negara. 

Jom Ikut Sunway, Beri Tanpa Terkecuali

Sama seperti Sunway, mereka meraikan ulang tahun ke-50 tahun komitmen terhadap pembangunan negara menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR), #SunwayforGood yang memfokuskan kepada tiga (3) tonggak utama iaitu pendidikan, kesihatan dan pengayaan komuniti. 

Untuk pengetahuan, Sunway dan rakan-rakan kerjasama jangka panjang yang lain seperti Malaysian AIDS Foundation (MAF), Selangor Youth Community (SAY), Rise Against Hunger (RAH), National Kidney Foundation (NKF), Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD), Kechara Soup Kitchen, Friends to Mankind dan Yayasan Kebajikan Negara bersama-sama berganding bahu dalam memberi sokongan kepada komuniti yang kurang diberi perhatian di seluruh negara. 

Kesemua rakan kongsi ini berkerjasama dengan Sunway dalam menyalurkan bantuan langsung kepada golongan yang memerlukan dalam komuniti di seluruh negara. 

Jadi, sempena bulan Ramadan yang mulia, Sunway ingin berkongsi rezeki dan memupuk keterangkuman sosial dan sekaligus menggalakkan usaha kemampanan sebagai sebahagian daripada pembangunan negara.  

Dalam setiap usaha kami, Sunway komited terhadap kebajikan dan kemajuan negara yang kita cintai, demi menuju masa depan yang lebih cerah. 

Jadi, ingat tau, bila memberi, biarlah sama rata. Barulah semua dapat merasa!

The post Sambut Ulang Tahun Ke-50, Sunway Memberi Sama Rata Kepada Semua Tanpa Terkecuali appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar