-->

Malu Bila Berjumpa Dengan Orang Sebab Tak Ada Keyakinan? Ini Tips Atasi Masalah Kurang Yakin

Biasiswa Siswi Safi

“Berlalu lah sudah Ramadan, sebulan berpuasa, 

tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira”

Ramadan pun hampir melabuhkan tirai, tinggal lagi beberapa hari saja lagi kita nak sambut Lebaran. Korang dah beli ke segala barang keperluan untuk hari Raya nanti? 

Langsir, baju raya, sarung bantal semua dah basuh ke belum? Jangan buat kerja last minute, risau jadi Raya mengejut macam tahun 2022!

Paling penting, korang dah bersedia ke untuk tampak yakin menjelang hari Raya nanti? Bukan apa, hari Raya ni kan kita nak bergembira, kalau boleh tak nak lah ada yang tak yakin dengan diri sendiri. 

Cakap pasal keyakinan ni kan, sebenarnya masih ramai lagi yang belum tahu kunci sebenar untuk menjadi yakin. Tapi jangan risau, kalau korang nak tahu apakah kuncinya, meh sini meh kita tengok sama-sama video di bawah.

Ooh, baru faham maksud sebenar yakin dengan diri sendiri. 

Bila korang dalam situasi yang mana korang rasa tak yakin dengan diri sendiri, mesti korang akan buat perbandingan antara diri sendiri dengan orang di sekeliling kan? Ish, ish, ish, salah tu.

Kenapa korang perlu banding diri dengan orang lain sedangkan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri? 

Sedangkan orang yang korang bandingkan pun tahu kekurangan diri mereka, cuma mereka lebih fokus kepada kelebihan diri mereka sendiri dan jadi diri mereka. 

Betul lah apa yang ditulis oleh kakak Malia tu, kalau nak jadi yakin, kita kena jadi se’asli’ yang boleh dengan menjadi diri sendiri sebab kita saja yang tahu kelebihan diri kita. 

Dari situ, barulah kita boleh bina keyakinan diri sendiri betul tak? 

Haa, sekarang korang dah tahu kunci sebenar untuk menjadi yakin kan? Ingat, keaslian lambang kecantikan okay?!

Tampil Lebih Yakin Syawal Ini Dengan Safi Perfect White 3X Brightening Hyaluron Serum

Kalau kunci untuk tampil yakin adalah jadi diri sendiri, maksudnya kena sayang diri sendiri juga lah kan? Haa, kalau korang sayang diri sendiri, apa kata guna Safi Perfect White 3x Brightening Hyaluron Serum. 

Apa yang best dengan Safi Perfect White 3x Brightening Hyaluron Serum adalah ia mempunyai tekstur yang sangat ringan, membuatkan setiap titisan serum lebih mudah dan cepat untuk diserap ke dalam kulit. 

Selain itu, ia juga dirumus khas dengan 100x Vitamin C daripada Kakadu Plum yang dapat menembus jauh ke dalam lapisan kulit serta mengurangkan penampilan bintik-bintik hitam. 

Bukan itu saja, Safi Perfect White 3x Brightening Hyaluron Serum ini juga dirumus dengan 5% Niacinamide yang membantu mengurangkan jeragat pada kulit agar tona kulit jadi lebih cerah sekata. Bagusnya, macam ni barulah yakin nak swafoto betul tak? 

Tak cukup dengan itu, serum ini juga mengandungi Glycolic Acid yang bertindak mengelupas sel kulit mati dan merangsang penggantian sel agar tona kulit lebih cerah. 

Haa, rumusan terakhir ni paling penting tau iaitu Hyaluronic Acid sebab ia dapat melembapkan kulit dan menjadikan kulit kekal terhidrat. Sesuai sangat dengan cuaca kering sekarang ni kan? 

Jadi, dengan penggunaan Safi Perfect White 3x Brightening Hyaluron Serum, kami yakin korang akan rasa lebih yakin dengan diri sendiri!

Ucapkan selamat tinggal kepada bintik-bintik gelap dan hello 64% kulit lebih cerah dalam masa 3 hari saja! 

Psst, serum ini telah diuji dan terbukti secara saintifik tau. Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang di Watsons dan Guardian!

Terbang Lebih Tinggi Dengan Biasiswa Siswi Safi, Tawar Sehingga RM1,000,000! 

Kalau korang ingat lagi iklan Raya Safi tadi, mesti korang perasan ada satu babak yang menunjukkan Malia sambung belajar di Kaherah dengan bantuan Biasiswa Siswi Safi kan?

Korang mesti tertanya-tanya, eh, Safi ada biasiswa tersendiri ke? Haa, kalau korang nak tahu, tak lama saja lagi Safi akan melancarkan Biasiswa Siswi Safi yang berjumlah RM1,000,000 tau! Wow, banyak tu!

Untuk korang yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang biasiswa ini, layari laman web rasmi Safi bermula 30 April 2024 ini!

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi daripada Safi, layari laman web rasmi Safi atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

The post Malu Bila Berjumpa Dengan Orang Sebab Tak Ada Keyakinan? Ini Tips Atasi Masalah Kurang Yakin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar