-->

‘Bukan saya yang letak harga, tetapi ladang ayam’ – Peniaga nafi naikkan harga ayam RM10 sekilogram

Isu kenaikan harga ayam menjelang musim perayaan Aidilfitri di Malaysia adalah fenomena yang sering diperhatikan. Beberapa faktor yang mempengaruhi kenaikan ini termasuk permintaan tinggi, kekurangan bekalan dan kos produksi.

Harian Metro pada Sabtu, 6 April 2024, melapokan harga ayam di pasaran telah mengalami kenaikan harga sehingga RM10 sekilogram.

Menurut peniaga ayam, Eddy Muhamad, harga ayam telah naik tiga kali dalam tiga hari terakhir, dengan harga terkini mencapai RM9.50 sekilogram.

Kenaikan ini, menurut Eddy, adalah fenomena biasa menjelang Aidilfitri. Dia meramalkan kenaikan harga akan berhenti sehari sebelum perayaan.

Dari perspektif peniaga, mereka tidak menentukan harga ayam di pasaran. Peniaga ayam, Shahrizal Saad menjelaskan, harga ditentukan oleh ladang ayam.

“Hari ini saya jual ayam RM10 sekilogram, berbanding Khamis lalu dijual pada harga RM9.50.

“Kalau pasal kenaikan ini, kena tanya ladang ayam. Bukan saya yang letak harga. Yang kawal harga itu ladang ayam,” katanya.

Tinjauan di media sosial mendapati, ada sesetengah netizen memaklumkan masih ada peniaga yang menjual ayam pada harga RM7.80 sekilogram.

“Pagi tadi elok je beli ayam RM7.80 sekilogram. Yang RM10 sekilogram itu mungkin ambil kesempatan sebab dah nak raya,” kata Hanif.

“Selagi kartel tidak dihapuskan dan tukar pengeluar direct ke peruncit, harga tak dapat dikawal sebab sewenang-wenangnya mereka naikkan harga sesuka hati,” kata Fauzi.

The post ‘Bukan saya yang letak harga, tetapi ladang ayam’ – Peniaga nafi naikkan harga ayam RM10 sekilogram appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar