-->

Penduduk Kelantan laksana solat sunat istisqa susulan musim kemarau berpanjangan

Penduduk di negeri Kelantan mengambil inisiatif untuk melaksanakan solat sunat Istiqa bagi memohon hujan susulan musim kemarau yang serius melanda negeri tersebut.

Menerusi satu laporan, paras air sungai Kelantan telah menyusut sehingga menampakkan beting pasir seluas padang bola di tengah-tengah sungai berkenaan.

Berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan paras air sungai di kawasan itu berada di paras 15.67 meter (m) berbanding paras normal 17m.

Kira-kira 300 jemaah berkumpul di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala bagi menunaikan solat yang diimamkan oleh guru agama sekolah itu, Mohd Amin Abdullah.

Menurut Setiausaha Masjid Mukim Padang Kala, Peringat, Kamarulzaman Samat, program solat berkenaan merupakan kerjasama antara pihak pengurusan masjid dan sekolah.

“Sudah lama kita tidak melaksanakan solat sunat istisqa dan saya sendiri kali kedua melakukannya selepas 54 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, keadaan cuaca yang panas dikatakan turut menjejaskan aktiviti kanak-kanak. Selain itu, banyak tanaman di kawasan sekolah dan masjid juga mati.

“Mereka tidak lagi dilihat bermain bola seperti kebiasaan malah padang juga sunyi kerana tiada aktiviti luar.t

“Jadi kita berharap solat sunat memohon hujan yang dilaksanakan hari ini diterima ALLAH SWT bagi meringankan beban terutama petani yang sangat memerlukan air untuk tanaman mereka,” katanya.

Sumber: Sinar Harian,Bernama

The post Penduduk Kelantan laksana solat sunat istisqa susulan musim kemarau berpanjangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar