-->

Lelaki cedera, terkena paku dipacak di tepi jalan

Pihak polis mengesahkan terima laporan daripada seorang lelaki mengenai kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes
sehingga mencederakan pengadu.

Susulan itu, polis menyiasat motif tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi pengadu sedang berjoging di kawasan terbabit.

“Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit.

“Kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri,” katanya.

Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, lelaki berkenaan meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

Sumber: Berita Harian, Elan Lee

The post Lelaki cedera, terkena paku dipacak di tepi jalan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar