-->

‘Misi cari makan free’ – 2 lelaki selamba terjah kenduri kahwin yang tidak diundang

Majlis perkahwinan sudah semestinya disajikan dengan pelbagai hidangan yang menarik. Antara menu yang popular dan menjadi sajian turun temurun adalah nasi minyak.

Jika dulu sesi rewang atau bergotong royong diadakan untuk sama-sama menyiapkan juadah kenduri kahwin. Namun kini, kebanyakan tuan rumah memilih untuk menggunakan khidmat katering.

Apabila menggunakan khidmat katering, pastinya hanya beberapa tetamu sahaja yang dihadkan.

Namun begitu, netizen mengutuk tindakan dua orang lelaki yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan tanpa dijemput. Bukan itu sahaja, tanpa rasa bersalah, mereka makan di majlis berkenaan.

“Misi cari makan ‘free’,” kata salah seorang daripada mereka.

Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan hukum memakan makanan di sesebuah majlis tanpa jemputan tuan rumah adalah haram.

@ridzuan032460

Hukum pergi kenduri tanpa jemputan

♬ 原声 – Ridzuan – Ridzuan

“Dalam kitab-kitab hadis, haram makan kalau tak dijemput.

“Kalau ada buat macam tu, kena bayar balik,” katanya.

Sumber: Malaysia Most Viral

The post ‘Misi cari makan free’ – 2 lelaki selamba terjah kenduri kahwin yang tidak diundang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar