-->

KFC sahkan menutup sementara beberapa cawangan

Tular mengenai laporan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau mendakwa sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup. Dalam laporan berkenaan juga menyebut cawangan di Kelantan paling banyak terjejas sehingga 21 cawangan ditutup, manakala di Kelantan pula sebanyak 15 cawangan.

600 restoran KFC di Malaysia, dikendalikan oleh QSR Brands yang kini dimiliki oleh Johor Corporation iaitu syarikat milik kerajaan negeri Johor.

Susulan ius tular berkenaan, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia dalam satu laporan menyatakan beberapa cawangan KFC ditutup sementara berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini.

Tumpuan kepada operasi perniagaan di lokasi yang strategik

Penutupan itu juga katanya adalah sebahagian daripada usahanya menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan yang lebih baik.

“Kakitangan dari cawangan yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang masih beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perniagaan yang menerima pelanggan yang lebih tinggi,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang angka selain sumbangan QSR Brand kepada ekonomi melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, dengan kira-kira 85 peratus adalah beragama Islam.

“QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

“Kami amat percaya rakyat akan mengiktiraf latar belakang Malaysia kami, keikhlasan kami dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia,” kata QSR Brands.

Sumber: Berita Harian

The post KFC sahkan menutup sementara beberapa cawangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar