-->

‘Sarah Yasmine, berambus keluar dari Malaysia!’ – Erma Fatima

Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengenai beberapa artis di Malaysia.

Mengulas isu ini, pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa kecewa dengan sikap wanita berkenaan yang membuka aib beberapa selebriti dan meminta wanita berkenaan supaya berhenti menhancurkan industri hiburan.

“Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku.

“Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

“Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

“Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” katanya.

Henti aibkan individu

Kata Erma, dia tidak mahu pelakon tempatan seperti Sophia Albarakbah menjadi mangsa dan ketiadaan Sophia pada majlis tayangan episod akhir drama Lelaki itu juga adalah permintaan Erma sendiri.

Dalam pada itu, Erma menggesa individu yang menjadi sasaran Sarah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Erma turut menyifatkan tindakan Sarah sebagai keterlaluan.

“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya.

“Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap ‘kenduri selak kain’ ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.

“Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?

“Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” katanya.

Erma juga meminta masyarakat supaya berhenti memberikan perhatian kepada wanita berkenaan dan meminta Aliff selesaikan isu berkenaan.

“Berhenti angkat dia dan raikan kenduri orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang.

“Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Sarah Yasmine, berambus keluar dari Malaysia!’ – Erma Fatima appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar