-->

Kanak-kanak dikejar anjing nyaris dilanggar kereta

Beberapa hari lalu tular satu video yang merakamkan aksi dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing. Salah seorang daripada mereka didapati telah berlari melintas jalan.

Ketika berlari, kanak-kanak itu terjatuh dan menyebabkan pemandu sebuah kereta Proton Wira terpaksa mengelak sehingga terbabas. Bagaimanapun, tindakan berkenaan telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.

Susulan itu juga, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menerusi satu kenyataan menyatakan telah berjaya menangkap anjing berkenaan.

Menurut Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MPM, Unit Haiwan Merayau, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan mengambil tindakan demikian terhadap anjing berwarna putih terbabit selepas menerima rakaman video yang tular.

Tangkapan tersebut dinyatakan berpandukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.

“Berdasarkan semakan dan siasatan, anjing tersebut mempunyai permit dari Majlis Perbandaran Manjung serta mempunyai pemilik

“Majlis Perbandaran Manjung telah menangkap 3 ekor anjing termasuk anjing tersebut pada hari yang sama, jam 11.00 pagi kerana pelanggaran syarat dan peraturan Undang-undang Kecil,” katanya

Tindakan tersebut ujarnya kerana pemilik gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah terhadap anjing peliharaan mereka.

“Ini kerana pemilik gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan anjing tersebut tidak menyebabkan kacau ganggu kepada jiran-jirannya, salakan yang tidak berhenti-henti atau selainnya

“Anjing yang mengancam nyawa boleh diambil tindakan pelupusan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Majlis Perbandaran Manjung akan merujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” tulis kenyaatan itu.

Sumber: Majlis Perbandaran Manjung

The post Kanak-kanak dikejar anjing nyaris dilanggar kereta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar