-->

Malaysia terima serangan siber 3000 kali sehari – Khaled Nordin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan mendedahkan, Malaysia menerima lebih 3,000 insiden ancaman serangan siber setiap hari yang berusaha membolosi sistem keselamatan negara.

“Jika serangan tersebut berjaya dapat godam sistem kita, penggodam dapat masuk untuk mengintip, mendengar dan meninjau pergerakan kita, perbualan kita terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan operasi ketenteraan sebagainya.

“Serangan dan usaha ini dilakukan untuk masuk dalam sistem negara kita oleh pelbagai pihak. Siapa pihaknya, kita tak perlu beritahu.

“Namun saya nak beritahu bagaimana anggota ATM berkerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa cuti bagi menjaga kedaulatan negara bagi dibolosi secara fizikal dan ancaman serangan siber ini,” katanya.

Ancaman berterusan

Pendedahan tersebut juga susulan kebimbangan rakyat negara ini berkenaan insiden berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Insiden berkenaan juga katanya menunjukkan ancaman kepada negara sentiasa berlaku dan memerlukan tindakan proaktif setiap hari. Oleh yang demikian juga, beliau berkata dalam situasi tersebut diharapkan rakyat di negara ini menghargai usaha pasukan keselamatan.

“Mereka sentiasa bekerja 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dalam menjaga sempadan, tiada kebolosan pendatang asing tanpa izin (PATI), menghalang penyeludupan selain memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terjamin secara fizikal mahupun ancaman serangan siber.

“Apatah lagi, penceroboh dan seumpamanya ini menggunakan teknologi canggih termasuk dron bagi membolosi negara kita dan menembusi sistem keselamatan kita,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Malaysia terima serangan siber 3000 kali sehari – Khaled Nordin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar