-->

‘Macam ulat nangka’ – Keluarkan lagu raya, Aliff Syukri disifatkan tidak menghormati hari-hari terakhir Ramadan

Baru-baru ini usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri menyatakan tidak akan mengeluarkan sebarang lagu raya ekoran kecewa dengan seorang komposer. Komposer berkenaan didakwa telah menciplak lagunya dan diberikan kepada artis lain.

Susulan itu juga, menerusi satu hantaran, dia tidak berpuas hati apabila seorang penyanyi dangdut, Farez Adnan dikatakan telah meniru konsep lagu raya bertajuk ‘Chu Ku Chuk Raya’.

“Saya reda, walaupun saya dah bayar pada komposer 15k bukan sikit ya banyak sangat bagi saya ni. Dia memang cuba untuk tiru bakat tiru suara saya yang memang semua orang tau tiada tandingan semua orang. Tapi tetap tak menjadi. Orang tak nak dengar suara dia orang tetap nak suara penyanyi yang hebat macam saya.

“Orang tetap nak dengar suara saya sebab saya penyanyi no 1 Malaysia. So pihak sana, boleh la berhenti berangan ya,” tulisnya.

Seolah tidak mahu mengaku kalah, usahawan kontroversi berkenaan akhirnya turut mengeluarkan lagu raya. Katanya, masih ramai lagi yang mahu mendengar suaranya berkumandang menyanyikan lagu-lagu raya.

Masih dilihat mengekalkan konsep yang sama seperti sebelumnya, lagu yang menggunakan khidmat komposer baru itu dikatakan akan dilancarkan pada hari esok (Selasa).

Bagaimanapun, netizen berterusan menghentam tindakan Aliff Syukri itu yang disifatkan tidak menghormati 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam pada itu juga, netizen memetik nama ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita.

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

The post ‘Macam ulat nangka’ – Keluarkan lagu raya, Aliff Syukri disifatkan tidak menghormati hari-hari terakhir Ramadan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar