-->

Iklan raya RHB papar kisah realiti, peguam & pesalah kecurian kotak pensel

Menjelang Aidilfitri, kebanyakan syarikat akan menayangkan drama pendek atau iklan sempena lebaran. Ada antara mereka menyiarkan genre sedih yang berkait rapat dengan realiti masyarakat. Tidak kurang juga ada yang menonjolkan beberapa babak lawak bagi menarik perhatian penonton.

Beberapa hari kebelakangan ini dilihat beberapa drama pendek menarik perhatian penonton dan netizen. Namun begitu, kebanyakan drama pendek yang ditonjolkan lebih kepada drama yang boleh mengalirkan air mata apatah lagi apabila babak yang dipertontonkan berkait dengan dengan ibu bapa dan keluarga.

Beberapa iklan raya yang mencuit penonton yang menjadi tular antaranya iklan dari butik pakaian Elrah, PKNS dan TNB.

Namun begitu, drama pendek iklan raya yang dilihat lebih menusuk hati adalah iklan dari RHB Bank.

Iklan tersebut merupakan kisah realiti yang dikongsikan oleh seorang peguam terkenal ketika berdepan dengan satu kes kecurian. Apa yang menyedihkan, seorang ibu ditahan gara-gara dituduh mencuri sebuah kotak pensel.

Kisah yang berlaku pada tahun 1998 itu menceritakan seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan (cleaner) telah mencuri kotak pensel yang berharga RM18 untuk dihadiahkan kepada anaknya yang mendapat keputusan nombor satu dalam kelas.

Bagi mendapatkan kesahihan cerita wanita berkenaan, Datuk Ahmad Zaharil ke sekolah anak wanita itu dan Guru Besar di sekolah tersebut tidak menafikan keputusan murid berkenaan. Mahkamah telah memutuskan kepada wanita berbangsa India itu untuk berkelakuan baik selama beberapa tahun.

Beberapa tahun kemudian, anak kepada wanita itu telah bertemu dengan Datuk Ahmad Zaharil dan memperkenalkan dirinya ketika itu sudah bergelar peguam.

Sumber: AMZaharil shop,amzaharil, RHB

The post Iklan raya RHB papar kisah realiti, peguam & pesalah kecurian kotak pensel appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar