-->

‘Macam mana dalam 1 bidang tanah boleh ada 2 geran berbeza?’ – Amar Baharin

Pelakon, Amar Baharin menerusi satu hantaran di jaringan X mempersoalkan bagaimana tanah milik keluarganya mempunyai dua geran berbeza.

Kongsinya, semasa kedua ibu bapanya mahu mengusahakan tanah berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati ada sebuah rumah yang telah dibina.

“Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah tu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah tu kata itu tanah dia. Siap tunjuk geran (geran tampal) dan Mak aku pon tunjuk geran asal yang mak aku pegang dah berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah,” tulisnya.

Katanya lagi, ibu dan bapanya pernah ke pejabat tanah bertanyakan isu berkenaan. Pihak pejabat tanah mengatakan mereka akan selesaikan perkara berkenaan serta menggantikan dengan tanah yang baharu. Namun begitu, sehingga sekarang tiada jawapan yang diberikan.

“Arwah ayah dan mak aku pernah ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor dan bertanya tentang situasi ini. Mereka faham dan cuba selesaikan perkara ini. Mereka janji akan menggantikan tanah Mak aku dengan tanah yang lain. Tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.

“Bila ditanya tentang update terbaru, korang tahu apa Jabatan Tanah punya staff cakap? Selangor dah takde tanah kosong untuk digantikan. Apa perasaan korang kalau jadi kat korang?” soalnya.

Pihak yang meluluskan geran kedua

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang meluluskan geran kedua sedangkan tanah berkenaan belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa. Menerusi hantaran berkenaan juga, dia telah memetik beberapa nama agensi yang berkaitan bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, menerusi satu laporan, Ammar mengatakan isu berkenaan sudah berlaku semasa bapanya masih hidup.

“Isu tanah berlaku sejak Allahyarham bapa saya masih hidup dan sehingga arwah meninggal dunia pada tahun lalu, masih tiada apa-apa perkembangan terkini lagi. Dah lebih 10 tahun tak selesai. Kalau saya tidak bersuara, sampai bila nak terus menunggu?” katanya.

Susulan tular hantaran berkenaan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggalkan komen dan beliau meminta pelakon itu menyerahkan dokumen penting mengenai tanah berkenaan kepadanya untuk disemak dan diambil tindakan.

Sumber: Ammar Baharin, Harian Metro

The post ‘Macam mana dalam 1 bidang tanah boleh ada 2 geran berbeza?’ – Amar Baharin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar