-->

‘Cakar sebanyak mungkin, supaya bukti DNA dapat dikumpul’ – Pakar Kimia

Isu keselamatan wanita semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat kita. Wanita perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dari menjadi mangsa lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Penting bagi wanita untuk mengetahui langkah-langkah melindungi diri daripada sebarang ancaman.

Semalam, dalam program Fail Mahkamah di TV3, seorang pakar kimia telah berkongsi pandangannya berhubung kes seorang wanita yang dirogol sebelum dibunuh, iaitu kes Chee Gaik Yap pada tahun 2006.

Beliau menyarankan mana-mana wanita yang berada dalam keadaan tidak selamat, cubaan dirogol, mencakar pelaku sebanyak yang mungkin atau menggigit suspek.

Program Fail Mahkamah berhubung kes Chee Gaik Yap pada tahun 2006 | X – Yaya

Sebaiknya cakar di bahagian muka atau leher agar kesannya kelihatan. Jika tidak dapat mencakar, tarik rambut pelaku kerana rambut juga mengandungi DNA.

Meskipun kedengaran tidak masuk akal, tetapi dengan cara itu sebenarnya dapat membantu pihak berkuasa mengesan suspek dengan lebih cepat. Pihak berkuasa dapat mengumpul banyak bukti DNA dan sekali gus mendakwa suspek di mahkamah.

Ini kerana kebanyakan kes seumpama ini amat sukar diteruskan berikutan masalah kekurangan bukti dan akhirnya mangsa tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.

Selain itu mencakar dan menggigit, wanita juga disarankan untuk tidak membersihkan diri selepas kejadian dan segera pergi ke hospital untuk dikumpul bukti.

The post ‘Cakar sebanyak mungkin, supaya bukti DNA dapat dikumpul’ – Pakar Kimia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar