-->

TikToker dakwa Bazar Ramadan Taman Suria jual Burger RM30, Roti John RM40, caj plastik 50 sen?

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Pok Teh, mendakwa Bazar Ramadan di Taman Suria, Johor Bahru, mengenakan harga makanan yang mahal.

Dalam perkongsiannya itu, Pok Teh mendakwa peniaga di bazar berkenaan menyasarkan pengunjung dari Singapura.

“Saya nak beritahu kepada semua peniaga dan pembeli di Bazar Ramadan satu Malaysia ini. Bazar Ramadan Taman Suria, Johor Bahru antara bazar yang paling mahal.

“Ada peniaga yang caj plastik 50 sen. So kalau kau tak nak plastik, kau bawa macam tu je makanan. Nak ke tak nak, kau terpaksa bayar plastik 50 sen. Kalau dah plastik kena caj 50 sen, apatah lagi makanan.

“Sampai tahap itu sekali diorang buat. Sebab yang sebenarnya, target diorang bukan untuk warga Malaysia tetapi warga Singapura. Orang Singapura akan keluar daripada Singapura untuk beli juadah kalau diorang nak merasa masakan Malaysia.

“Diorang akan pergi dekat Taman Suria. So dekat situ, kau akan jumpa Roti John RM40, Burger RM30. Yang paling kejam, plastik kena caj 50 sen.

“Jadi kepada golongan B40, kalau nak masuk bazar tu boleh, tak ada masalah. Itu duit korang nak beli, saya cuma nasihatkan saja supaya berhati-hati. Lebih elok tanya harga dulu, takut nanti kang masuk RM100, bawa keluar plastik dengan habuk,” katanya.

Sengaja timbulkan isu nak tutup rezeki?

Bagaimanapun, tinjauan pihak Harian Metro di lokasi pula menunjukkan dakwaan itu tidak tepat.

Jurucakap penganjur Bazar Taman Suria yang ditemui oleh wartawan Harian Metro (Mary Victoria Dass) berkata, harga makanan yang dijual di bazar itu adalah berpatutan.

Burger ditawarkan dengan harga RM6, manakala Roti John dijual dengan harga RM10 hingga RM15.

Ada peniaga yang menjual bungkusan mengandungi empat Roti John dengan harga RM40, bukan sebungkus RM40.

“Bazar kami juga menerima pelbagai ulasan positif termasuk daripada media luar negara, saya pelik mengapa ada pihak yang sengaja menimbulkan isu tidak munasabah bagi menutup rezeki peniaga Bumiputera,” katanya.

Sumber: TikTok Pokteh, Harian Metro

The post TikToker dakwa Bazar Ramadan Taman Suria jual Burger RM30, Roti John RM40, caj plastik 50 sen? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar