-->

Peniaga luah makanan bazar tak habis dijual, netizen kata patut fikir kualiti & kuantiti

Kemeriahan Ramadan sudah tentunya tidak lengkap tanpa berkunjung ke bazar Ramadan. Seperti tahun sebelumnya, bazar Ramadan hanya dilihat dibuka dikawasan tertentu sahaja, tetapi tahun ini kebanyakan tempat pasti akan didirikan dengan tapak bazar Ramadan.

Dalam beberapa video dan gambar tular, boleh dikatakan setiap tempat akan penuh sesak dengan pengujung. Tetapi, luahan peniaga mencetuskan persoalan.

Katanya, ramai peniaga yang termenung memikirkan makanan di bazar yang tidak habis dijual. Ada juga yang mengatakan tidak mendapat keuntungan dan tidak berbaloi dengan sewa tapak.

Menerusi beberapa tinjauan luahan netizen pula, mereka mengatakan harga jualan tidak setanding kualiti yang dibuat menyebabkan mereka memilih untuk tidak berkunjung ke bazar.

Kata netizen lagi, ramai yang lebih memilih untuk memasak di rumah memandangkan segala resepi mudah diperolehi melalui internet.

Antara lain, mereka mengatakan kunjungan ke bazar semata-mata mahu mencari juadah yang ‘rare’ bukannya lauk pauk yang boleh dimasak sendiri.

Selain daripada itu juga, ramai yang mengatakan faktor kewangan juga membuatkan mereka memilih untuk masak di rumah sahaja memandangkan perlu fokus kepada perbelanjaan sekolah anak-anak dan juga persiapan Aidilfitri.

The post Peniaga luah makanan bazar tak habis dijual, netizen kata patut fikir kualiti & kuantiti appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar