-->

‘Duit saya, rumah saya, ikut suka hati saya’ – Aliff Syukri bakal saman wanita kritik rumahnya

Beberapa hari lalu, seorang pereka dalaman mengkritik rumah usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa kelihatan murah kerana hiasan dan perabotnya dikatakan tidak kelihatan mewah.

Melalui video yang dimuat naik di akaun TikToknya (video telah dipadamkan), wanita itu menjadikan rumah Aliff sebagai contoh di mana perabot yang mahal tidak semestinya kelihatan mewah jika tidak disusun dengan cara yang betul.

‘Tak pandai susun, pilih warna’

“Macam kita cakaplah rumah Aliff Syukri. Kenapa rumah dia chandelier mahal-mahal, barang mahal-mahal tetapi kita nampak rumah dia macam murah?

“Sebab dia tak pandai buat susunan, tak pandai penggunaan warna, dengan chandelier itu sendiri dia nampak awkward dengan tempat itu, lepas tu dia nampak murah.

“Sebab ada chandelieryang kita tengok nampak macam murah, tengok-tengok harga RM5,000. Yang buat mahal rupanya dia punya material kristal atau apa benda. Itu je sebenarnya,

“Walaupun design nampak tacky, nampak design dia macam kedai RM2 pun aku boleh beli,” katanya.

‘Terpaling Interior Designer’

Kritikan wanita itu mengundang perhatian Aliff yang kemudian menyelarnya sebagai ‘Makcik Sesat!’. Aliff menerusi hantarannya di akaun Instagram semalam mengakui dia terasa hati dengan kritikan wanita itu.

“Siapa kenal makcik sesat mana ni? Bagi saya setiap orang ada selera masing-masing. Tak payah nak sebut nama sesiapa dan komen rumah orang. Sudah tentu saya terasa hati.

“Dengar cerita makcik ini, dia tak ada registered dengan Malaysian Institte of Interior Designers (MIID). (Bila) search, tak keluar nama dia di web page MIID.

“So jangan bak feeling kau paling terbaik dan nak gunakan nama saya untuk menaikkan bisnes interior design awak.

‘Rumah saya, suka hati saya’

“Duit saya, konsep saya, rumah saya, ikut suka hati saya. Sesuka hati kata rumah aku macam kedai tomyam. Nak juga tengok rumah makcik ni.

“Tunggu surat saman daripada saya ye. Awak ini jenis yang terpaling Interoir Designer. AWak tahu tak interior designer (rumah) saya ini adalah antara designer yang terbaik dan pernah mendapat anugerah. Dan rumah saya antara shortlisted rumah tercantik mewakili Malaysia di dunia ini.

“Awak tak perlu nak kritik rumah saya, saya tak perlukan khidmat nasihat awak okay. Nanti jangan lupa baca surat daripada peguam saya. Faham tak makcik? Betulkan muka dan hidung tu senget-senget dan tak berapa nak kemas,” katanya.

The post ‘Duit saya, rumah saya, ikut suka hati saya’ – Aliff Syukri bakal saman wanita kritik rumahnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar