-->

Parkir kenderaan atas lebuh raya untuk berbuka puasa, polis akan ambil tindakan

Di bulan Ramadan, ramai yang mengambil kesempatan untuk berbuka puasa di luar seperti di dataran, kawasan lapang, di tepi tasik dan sebagainya. Jika tidak menghalang laluan orang ramai, tidak menjadi masalah, tetapi apa yang berlaku di Lebuhraya Butterworth sebaliknya.

Satu video tular memaparkan deretan kereta dan motosikal diparkir di atas lebuh raya menjelang waktu berbuka puasa.

Situasi tersebut dirakamkan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Rentetan itu, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang menghalang lalu lintas dengan meletakkan kenderaan mereka di lebuhraya berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai keadaan itu.

“Setakat ini belum ada laporan mengenainya namun jika ada aduan, kita akan ambil tindakan.

“Memang sekarang ada trend berbuka puasa di luar namun keselesaan pengguna tetap diambil kira dan kita akan lakukan pemeriksaan di kawasan itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Parkir kenderaan atas lebuh raya untuk berbuka puasa, polis akan ambil tindakan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar